engajak kawan-kawan sekelasnya berkumpul di luar bilik darjah untuk
menyaksikan cara dia membakar sehelai daun (dan juga hampir-hampir
seekor semut) dengan menumpukan cahaya matahari pada daun dengan kanta
pembesar, sehinggalah Cikgu Melati
tiba dekat pintu bilik darjah dan mereka semua berlumba-lumba masuk. Di
dalam bilik darjah, Cikgu Melati mengajukan soalan teka-teki kepada
murid-murid: "Apa benda kecik-kecik jadi kawan, bila besar jadi lawan?" Jarjit meneka dua kali dahulu, tetapi "harimau" dan "ular" salah. Tidak sempat Mei Mei mencuba, Upin
mencelah dan menjawab pula "api"; jawapannya betul. Ujar Fizi, dia
gemar bermain api; ini membuat Ijat cemas dan pengsan. Dzul menyampaikan
pesanan neneknya tentang bahayanya bermain api.
Oleh
itu, Cikgu Melati mengumumkan bahawa pihak tadika sedang mengadakan
latihan kebakaran untuk murid-murid berlatih menyelamatkan diri
seandainya berlaku kebakaran. Di tengah-tengah cikgu menerangkan
langkah-langkah sekiranya loceng penggera berbunyi, tiba-tiba loceng pun
berbunyi. Setelah melihat murid-murid dari kelas lain keluar dari
tadika, semua murid-murid kelas Aman kelam-kabut bertempiaran tanpa
tentu arah, kecuali Ijat yang pengsan sekali lagi. Cikgu Melati cuba
menenteramkan semua muridnya untuk memimpin mereka keluar; termasuk
memesan Ehsan
supaya tidak membawa barang, melarang Jarjit berpantun, menyuruh Mail
yang tidak memandang berat latihan itu beratur dan memimpin Fizi keluar
dari menyorok di bawah meja guru.
Ipin
pula kelihatan berlari berpusing-pusing di atas meja bulat, dan Upin
terpaksa menyuruhnya turun. Selepas murid-murid keluar, Cikgu Melati
menyuruh mereka berarak ke padang sambil menghitung; kemudian dia pergi
menjemput Ijat yang pengsan dalam kelas itu.
Sementara itu, Salleh terserempak dengan kereta bomba yang membunyikan siren sambil pantas bergerak melewatinya ke arah kawasan Tadika Mesra
yang kelihatan mengeluarkan kepulan asap kebakaran, lalu cepat menjadi
cemas dan meluru ke arah rumah Upin dan Ipin untuk meneriakkan berita
buruk "Upin, Ipin, Api!" kepada Opah yang tengah menyapu tanah di hadapan rumah.
Berbalik ke tadika, murid-murid Tadika Mesra berkumpul di padang yang turut dihadiri oleh Guru Besar
dan Ketua Bomba. Ketua Bomba yang berkulit hitam dan bermisai itu
mencatat sepuluh minit pada jam randiknya dan mengeluh akan sesiapa yang
lewat. Semua murid kelas Aman sudah tiba, tetapi Cikgu Tiger
kelihatan mendukung, menggalas dan mengendong beberapa orang muridnya
keluar, membuat Guru Besar menutup muka dengan tangan. Tepat pada
masanya, kereta bomba tiba di padang tadika, dan turunlah tiga orang
ahli bomba dengan penuh gaya (ala Power Rangers).
Opah
dan Salleh akhirnya sampai di 'tempat kejadian' yang rupa-rupanya acara
tunjuk cara bomba di tadika; ini membuat Opah jengkel dengan Salleh.
Ketua Bomba menyapa murid-murid dan mengajar mereka apa yang harus
dilakukan apabila menghadapi kebakaran, seperti menjerit minta tolong
dan memanggil 999 (dan jangan sesekali menyalahgunakan nombor kecemasan
itu), sebelum beralih kepada tunjuk cara memadamkan kebakaran.
Setelah
menyuruh murid-murid mendekati kereta bomba untuk melihat kelengkapan
bomba, Ketua Bomba meminta murid-murid untuk menawarkan diri untuk
memadamkan api. Cikgu Tiger turut merebut peluang, tetapi yang dipilih
ialah Ipin dan Mei Mei yang berpeluang untuk memakai topi keselamatan
dan baju bomba serta memegang hos bomba. Dengan bantuan mereka berdua,
Ketua Bomba mengajar semua murid bagaimana untuk memadam kebakaran,
iaitu yang lain harus melangkah jauh dari api dan perhatikan arah angin
sebelum memancurkan air ke arah api.
Ipin dan Mei Mei mencuba nasib sebagai ahli bomba.
Tambah
Ketua Bomba, api yang besar jangan cuba dipadamkan sendiri, tetapi
diserahkan kepada bomba dan cepat mencari jalan keluar dari rumah yang
terbakar; jika tiada pintu berdekatan, keluar ikut tingkap. Jarjit
mengujar bahawa pintu dan tingkap rumahnya dilindungi dengan palang besi
yang berkunci. Ulas Ketua Bomba, palang besi boleh mencegah pencuri
tetapi menyusahkan ketika kebakaran; ini membuat Jarjit kesal. Ketua
Bomba berpesan juga supaya awas dengan lilin, ubat nyamuk, seterika dan
sebagainya kerana benda-benda itu merupakan punca kebakaran.
Ketua Bomba bertanya pula siapa antara murid-murid yang hendak
menjadi ahli bomba ketika besar nanti. Soalan itu disambut dengan baik,
termasuk oleh Upin dan Ipin. Tegas Ketua Bomba, ahli bomba harus berani,
kuat dan sihat. Upin bertanya sama ada tugas bomba sekadar memadamkan
api; jawab Ketua Bomba, tugas bomba lebih daripada itu, termasuk
menyelamat kucing atas pokok, kerbau dalam parit, ular dalam rumah dan
sebagainya. Ini membuat Ehsan meluahkan rasa kagum dengan bomba. Mei Mei
bertanya sama ada perempuan boleh menyertai bomba. Fizi mengambil
kesempatan untuk mengusik Mei Mei bahawa bomba adalah kerja lelaki
sahaja, hinggalah ahli bomba perempuan menanggalkan topi keledarnya.
Seronoknya naik kereta bomba.
Ipin
meminta kebenaran untuk menaiki kereta bomba pula. Permintaan itu
disambut dengan girang oleh Ketua Bomba yang turut menjemput murid-murid
yang lain iaitu Ipin, Mei Mei, Jarjit, Ehsan dan Fizi untuk menaiki
kereta bomba
Sekembali
mereka dari acara tunjuk cara bomba di sekolah, Upin dan Ipin mencuba
'raptai' mereka sendiri. Mula-mula, Ipin membalut mata dengan sambil
dibimbing oleh Upin untuk menguji kebolehan mencari jalan keluar
sekiranya asap kebakaran tebal dalam rumah, tetapi sempat ditegah oleh
Opah yang takut mereka akan terlanggar barang-barang. Ketika menjelaskan
niat mereka kepada Opah, tiba-tiba adik-beradik kembar terhidu bau dari
dapur lalu bergegas ke sana. Di sana, meniup padam api mancis yang cuba
dinyalakan oleh Kak Ros, tetapi Kak Ros sempat menyuruh mereka jangan kacau.
Seterusnya,
mereka pergi ke bilik Opah untuk menutup suis seterika ketika Opah
sedang menggosok baju kononnya kerana terbakar, ikut pesan polis. Jelas
polis, itu hanya jika tidak berhati-hati. Upin dan Ipin turut
menunjukkan kepada Opah apa yang telah diajarkan kepada mereka dalam
raptai di tadika tadi dan juga menjemput Opah mencuba sekali, tetapi
Opah memesan mereka supaya menanya Kak Ros pula. Oleh itu, Upin dan Ipin
kembali kepada Kak Ros untuk menguji mereka apa yang harus dilakukan
sekiranya terperangkap dalam asap tebal kebakaran. Jawab Ros, basahkan
kain untuk menutup muka. Tambah Upin dan Ipin, bomba berpesan supaya
rumah mesti ada alat pemadam api; Kak Ros menunjukkan alatnya di tepi
tangga .Tiba-tiba sahaja, mereka terdengar jeritan seseorang meminta tolong, maka
Upin dan Ipin bersiap siaga dengan pakaian bomba untuk pergi
menyelamat! Mula-mula, mereka memadamkan unggun api yang terlalu besar
di tempat Ehsan dan Fizi, kemudian memadamkan kebakaran di pondok main
yang diduduki oleh Mei Mei dan Susanti, dan akhirnya berlawan habis-habisan dengan api marak di gerai Muthu(umpama
pertarungan pancaran kuasa ala Mutiara Naga) ... hinggalah mereka
disedarkan oleh Muthu yang marah kerana mi yang dimasaknya rosak.
Upin
dan Ipin mengimbas kembali perbuatan mereka sewaktu bermain ahli bomba.
Mereka merampas pistol air Ehsan dan Fizi dan memancurkan air ke arah
Ehsan dan Fizi yang baru membeli aiskrim, kemudian ke arah Mei Mei dan
Susanti dalam pondok sebelum ke gerai Muthu. Keempat-empat kawan yang
disembur air itu datang dengan wajah geram, lebih-lebih lagi Ehsan yang
menuntut balik pistol-pistol airnya. Upin dan Ipin meletakkan
pistol-pistol yang dicuri mereka itu di atas tanah lalu mencabut lari
sambil dikejar oleh mereka berempat yang marah itu.
Titanium Tape at Betradar - TipiVision
BalasHapusBetradar uses an alloy of titanium hair clipper titanium titanium 3d printer dioxide for its nano titanium babyliss pro ultralight, titanium trim as seen on tv durable blade, high-performance graphite. This steel core is designed to be ion titanium on brassy hair