Upin dan Ipin tiba di tadika agak lewat, nasib baik guru belum sampai. Apabila ditanya mengapa oleh Mail, jawabnya gara-gara si Ipin yang tercari-cari buku latihan "Mari Mengira"-nya. Fizi
mengingatkan, buku itu sudah dihantar tempoh hari. Ini agak memalukan
kembar berdua itu, apalagi Upin yang memegang buku "Mari Mengira" yang
terlupa dihantarnya. Akhirnya Cikgu Melati datang dengan menyorong peti besi berisi kejutan baru buat murid-muridnya, iaitu "tablet".
Untuk tujuan pendidikan sahaja.
Seluruh kelas bingung melihat tablet itu, kecuali Ehsan
yang dihadiahi tablet oleh ayahnya untuk bermain. Murid-murid diminta
supaya mengambil tablet dari peti seorang demi seorang. Atas telunjuk
Cikgu, murid-murid memasang tablet dan disambut dengan paparan "Tablet
Pendidikan" yang rata-rata berisi bahan pembelajaran. Ehsan meluahkan
sedikit rasa kecewa kerana isinya tiada permainan nampaknya. Dengan
bimbingan guru kelas, mereka belajar menyeret-nyeret kandungan skrin
untuk mendapati pilihan mata pelajaran tadika. Semua murid tidak
menghadapi masalah, kecuali Jarjit yang mengeluh tabletnya sudah rosak. Rupanya cara seretnya tidak betul, jadi Cikgu Melati menolongnya.
Dengan tablet ini, tak payah bawa buku, ringanlah beg.
Cikgu Melati mengumumkan bahawa dengan adanya, mulai hari ini, buku
tidak perlu dibawa ke kelas, sebaliknya disimpan di rumah sebagai
rujukan. Kenyataan ini amat mengujakan murid-murid, kecuali Mei Mei
yang akan terasa rindu pada buku. Tambah Cikgu, murid-murid dikehendaki
membawa buku latihan ke tadika, tetapi kali ini murid-murid mula leka
menggunakan tablet. Tidak sempat Cikgu memanggil perhatian, loceng pun
berbunyi, menandakan waktu untuk pulang. Sebelum itu, Cikgu Melati cepat
berpesan kepada murid-murid supaya tidak membawa pulang tablet itu
kerana hanya untuk kegunaan di tadika.
Opah pandai ber-selfie.
Setibanya di rumah, Upin dan Ipin cuba bercerita tentang tablet yang dikenali mereka di tadika kepada Opah
dengan huraian yang setepat-tepatnya, tetapi Opah sukar memahami apa
yang dimaksudkan cucu-cucunya gara-gara tablet itu tidak dapat dibawa
pulang dari tadika. Kak Ros
yang baru pulang dari sekolah menunjukkan tablet miliknya, barulah Opah
dapat memahami benda yang dimaksudkan oleh Upin dan Ipin. Selepas Upin
dan Ipin beredar mengejar tablet Kak Ros, Opah senyap-senyap mengambil
gambar wajah sendiri dengan kameranya.
Malam hari setelah menyiapkan kerja rumah, Upin dan Ipin mengisi beg
masing-masing dengan hanya sehelai buku latihan sambil tertunggu-tunggu
Kak Ros keluar. Kak Ros pun muncul di ruang tamu dan duduk di atas
kerusi bersama tabletnya. Upin dan Ipin pergi ke belakang kerusi itu,
tanpa menyedari Kak Ros hendak mengambil gambar sendiri (dengan lensa
memandang ke arah mukanya) hingga tertangkap adik-adiknya.
Seronoknya teknologi terbaru ini.
Ini membuat Kak Ros tidak senang dan terpaksa memadamkan gambar itu,
kemudian mengambil semula untuk ditunjukkan kepada adik-adiknya. Selain
itu, Kak Ros menunjukkan beberapa lagi ciri-ciri tabletnya iaitu bermain
muzik, video, dan game (permainan video). Sebutan "game"
membuat Upin dan Ipin teruja dengan kemungkinan bermain dengan tablet di
sekolah hingga mereka melompat-lompat dengan kegembiraan, sambil
diambil gambar dengan tablet oleh kakak mereka.
Keesokan hari di tadika, murid-murid kelas Aman tidak sabar
menunggu kedatangan guru di depan peti tablet yang dikunci. Akhirnya
Cikgu Melati datang dengan disambut oleh murid-murid yang begitu
bersemangat, kemudian dia membuka kunci peti simpanan tablet untuk
dikumpul oleh murid-murid. Selepas itu, Cikgu Melati meminta murid-murid
untuk memasang tablet mereka untuk belajar membaca. Sekali terdengar
"membaca" membuat seluruh bilik darjah bergema dengan keluhan.
Apapun, Cikgu Melati membimbing mereka untuk membuka halaman lagu
dalam tablet, kerana dia mahu mengajak murid-murid untuk membaca sambil
menyanyi, sekali gus menggamit semula minat pelajar untuk belajar
dengan tablet. Lagu yang dipilih ialah lagu nyanyian anak yang cukup
dikenali ramai iaitu "Bangau Oh Bangau". Cikgu Melati memimpin dengan
menyanyikan rangkap tanya sambil memilih satu demi satu murid untuk
menyanyi balas.
Setelah puas menyanyikan "Bangau Oh Bangau" ramai-ramai, murid-murid
kelihatansemakin leka mencari-cari permainan dalam tablet, tetapi kecewa
kerana tidak satu pun yang ditemui. Ipin bertanya tiadakah permainan
dalam tablet. Setelah berfikir sebentar, Cikgu Melati memimpin
murid-murid untuk menekan aplikasi Matematik untuk "belajar sambil
main".
Kira-kira dengan tablet.
Soalan pertama dari tablet, "10 tolak 3, tinggal berapa katak?" Cikgu
menunjuk cara kepada murid-murid dengan menyeret seekor demi seekor
'katak' dalam skrin. Pengajaran ini kelihatan lancar pada mulanya,
tetapi apabila Cikgu Melati bertanyakan jawapan kepada Mei Mei, dengan
gempar jawabnya "kosong". Alasan Mei Mei, dia tidak suka pada katak.
Seluruh kelas tergelak kerenah Mei Mei, tetapi Fizi leka terikut-ikut
langkah Mei Mei hingga dia menolak semua 'katak'-nya, kemudian mengusik
tablet Ehsan untuk membuat perkara sama sampai Ehsan menangis!
3 + 5 = 18! Gurau je...
Keadaan ini agak meresahkan Cikgu Melati, hingga dia memilih Upin
untuk menjawab dan menerima jawapan yang betul, baru lega rasanya.
Soalan seterusnya, "3 tambah 5" jumlah ikan. Kali ini, Cikgu Melati cuba
memimpin kiraan dengan betul-betul. Akan tetapi, masalah timbul lagi
apabila Jarjit tersalah tekan hingga hilang 'ikan'-nya. Ehsan pula
terlebih kira ikan yang harus ditambah. Cikgu Melati bertanya jumlah,
tetapi berlainan pula jawapan murid-muridnya, membuatkan dia terasa
geram. Dalam kekecohan ini, Ipin mengambil kesempatan untuk bergurau
pada cikgu dengan menjawab "lapan...belas".
Cikgu Melati cuba memimpin murid-muridnya untuk mengira
betul-betul, "jangan main-main". Fizi keliru terdengar kata-kata itu
hingga ;berkira' kepada gurunya. Ini membuat Cikgu Melati geram lalu
menyuruh murid-murid untuk menyiapkan kerja rumah Matematik selama 10
muka surat. Maka mengeluhnya satu kelas dengan tambahan beban kerja yang
dikenakan itu.
Lekanya bermain tablet hingga tak dengar adik sendiri panggil.
Pada malam hari itu ketika mereka sedang membuat kerja rumah,
perhatian Upin dan Ipin teralih oleh suara Kak Ros yang kelihatan
bermain tablet sambil memakai hedfon. Upin dan Ipin cuba berkali-kali
mendapatkan perhatian Kak Ros, tetapi langsung tidak berhasil gara-gara
hedfon itu. Dengan menarik tali hedfon barulah Kak Ros sedar. Setelah
itu, Upin bertanya tiadakah Kak Ros membuat kerja sekolah; jawabnya dia
menggunakan tablet untuk melayari Internet untuk membantu pelajaran.
Tablet digunakan untuk menimba ilmu.
Upin dan Ipin tertanya-tanya mengapa tidak dapat membawa tablet
pulang ke sekolah seperti kakak mereka. Pada masa yang sama, Opah muncul
di ruang tamu dan berpesan kepada Upin dan Ipin "secanggih-canggih
tablet, kena guna buku juga" supaya mereka pandai menulis. Tambah Ros,
Upin dan Ipin masih kecil untuk memiliki tablet, takut-takut
digunakannya untuk leka bermain hingga kerja rumah terabai.
Oleh itu, Upin dan Ipin dengan muram menerima nasihat orang-orang
tua mereka dan beredar. Sementara itu, Kak Ros dengan senyap memasang
kembali permainan dalam tabletnya, kemudian tiba-tiba ditangkap oleh
Upin dan Ipin yang geram.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar