Selasa, 10 Februari 2015

Nenek Kebayan


Upin Ipin dan kawan-kawan bermain menjadi nenek kebayan. Semasa Ipin menjadi nenek kebayan, Ipin menyangka Sapi ialah Ehsan selepas menghidu Sapi. Opah memberitahu bahawa nenek kebayan tidak wujud. Upin dan Ipin membawa buku Nenek Kebayan milik Kak Ros ke tadika. Semasa pulang dari tadika, Upin, Ipin dan Ehsan terserempak dengan nenek kebayan. Ini menyebabkan mereka bertiga lari ketakutan. Nenek memesan ABCD Uncle Muthu sambil bertanya jalan. Kak Ros memaksa Upin dan Ipin untuk memulangkan bukunya segera. Upin dan Ipin ke rumah Jarjit, Ehsan, Susanti dan MeiMei untuk mencari buku Kak Ros. Sebelum ke rumah Dzul, Upin dan Ipin singgah di gerai Uncle Muthu untuk ABCD, tetapi ABCD sudah habis. Upin dan Ipin menyangka Ijat sudah ditangkap nenek kebayan. Rupa-rupanya nenek itu nenek Dzul.Ini adalah kali pertama nenek Dzul sampai ke rumah Dzul. Nenek Dzul kini tahu mengapa Upin dan Ipin takut padanya setelah melihat gambar nenek kebayan pada buku Kak Ros. Upin dan Ipin memberitahu Opah bahawa nenek tua tadi ialah nenek Dzul. Nenek Dzul berlakon menjadi nenek kebayan dan bermain bersama kawan-kawan Dzul setelah mereka selesai menjamu cokodok buatan neneknya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar