Selasa, 24 Februari 2015

Upin Ipin " Berkemah "

Upin dan Ipin menghabiskan satu malam dengan persiapan untuk rombongan berkelah satu kelas yang tak sabar hendak mereka sertai pada hari keesokan, tetapi hampir terlupa pesan Cikgu Jasmin supaya membawa bekalan makanan dan air sendiri, tidak perlu membawa mainan. Harinya sudah tiba, dan selepas kesemua 12 murid hadir, barulah rombongan murid-murid Tadika Mesra bertolak ke taman untuk berkelah, berarak sambil menyanyikan lagu "Rasa Sayang", tetapi dalam nyanyian ada sahaja murid-murid yang bergurau sakan. Setibanya di tempat perkelahan, Ehsan selaku 'ketua kelas' tidak berapa menunjukkan sikap yang betul, seperti lalai dalam kiraan ahli mahupun bermalas ketika orang lain membuka kelah. Selepas itu, semua berkongsi makanan sambil bersembang tentang makanan.Mail terpaksa dipujuk dari sikap kedekutnya supaya berkongsi ayam goreng yang dibawanya. Cikgu Jasmin pula membawa salad untuk dikongsikan, tetapi ramai yang kurang suka kecuali Mei Mei dan Devi. Oleh itu, Cikgu Jasmin menasihati murid-murid supaya mengurangkan makanan ringan kerana tidak menyihatkan badan, lantas berjaya memujuk mereka semua untuk mencuba salad yang berkhasiat. Perkelahan Tadika Mesra berakhir selepas bermain, dengan memungut sampah dan berkemas.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar