Selasa, 24 Februari 2015

Upin Ipin "Kenangan Manis "

Kelas Cikgu Jasmin dipilih untuk bergambar istimewa bersama pengetua tadika sebagai tanda penghargaan sebagai kelas terbersih di Tadika Mesra. Sebaik sahaja pulang ke rumah, Upin dan Ipin disuruh oleh Kak Ros untuk mengemas bilik tidur mereka agar mereka meneruskan sikap murni yang membawa kepada kejayaan bilik darjah mereka. Ketika Upin, Ipin dan kawan-kawan menyaksikan Mei Mei dan Devi bermain batu seremban, Susanti muncul untuk memperkenalkan kamera segera kepada mereka. Pada pagi keesokan, Upin dan Ipin tergesa-gesa ke tadika supaya tidak terlewat untuk sesi bergambar, sampai mereka sanggup minum susu sahaja sebagai sarapan, tetapi lupa memastikan kebersihan kasut. Semua murid dalam kelas Upin dan Ipin sudah hadir, tetapi Cikgu Jasmin menggemparkan mereka dengan berita sedih bahawa sesi bergambar dibatalkan kerana pengetua tidak sihat. Mujurlah, Susanti membawa sekali kamera segeranya, supaya satu kelas masih dapat bergambar walau apa pun.

Upin Ipin " Kisah Raja Pemburu "

Jarjit Singh dimarahi oleh Saleh si pustakawan kerana kehilangan buku "Kisah Raja Pemburu" yang dipinjamnya dari perpustakaan bergerak. Oleh itu, Jarjit meminta pertolongan Penyiasat Upin dan Ipin agar mencari buku itu kembali, bermula dengan bayangan bahawa mungkin Ehsan dan Fizi pernah membaca sekilas buku Jarjit itu di gerai sewaktu buku itu baru dipinjam. Ketika disoal siasat oleh Upin dan Ipin, Ehsan dan Fizi menjelaskan bahawa Jarjit masih memegang bukuya ketika berpisah dari mereka untuk bermain Tenteng dengan Mei Mei, Susanti dan Devi. Kemudian, Upin dan Ipin menyoal Mei Mei, kebetulan Mei Mei memiliki senaskhah lagi buku "Kisah Raja Pemburu" yang dihadiahkan oleh ibunya. Jelasnya, Jarjit memang meletakkan buku itu di sebelah tenteng, kemudian mereka berempat bermain puas-puas sehingga tiba-tiba ditakutkan oleh seekor monyet. Upin dan Ipin menyoal siasat Ijat dan Dzul pula. Mengikut keterangan Ijat, dia tengah bertengkah dengan monyet yang mencuri pisangnya, apabila buku itu terjatuh dari dahan pokok. Monyet inilah yang mengambil buku Jarjit! Kemudian, Ijat menyerahkan buku itu kepada Cikgu Jasmin. Jadi, semua sudah tahu di mana letaknya buku Jarjit itu.

Upin Ipin " Berkemah "

Upin dan Ipin menghabiskan satu malam dengan persiapan untuk rombongan berkelah satu kelas yang tak sabar hendak mereka sertai pada hari keesokan, tetapi hampir terlupa pesan Cikgu Jasmin supaya membawa bekalan makanan dan air sendiri, tidak perlu membawa mainan. Harinya sudah tiba, dan selepas kesemua 12 murid hadir, barulah rombongan murid-murid Tadika Mesra bertolak ke taman untuk berkelah, berarak sambil menyanyikan lagu "Rasa Sayang", tetapi dalam nyanyian ada sahaja murid-murid yang bergurau sakan. Setibanya di tempat perkelahan, Ehsan selaku 'ketua kelas' tidak berapa menunjukkan sikap yang betul, seperti lalai dalam kiraan ahli mahupun bermalas ketika orang lain membuka kelah. Selepas itu, semua berkongsi makanan sambil bersembang tentang makanan.Mail terpaksa dipujuk dari sikap kedekutnya supaya berkongsi ayam goreng yang dibawanya. Cikgu Jasmin pula membawa salad untuk dikongsikan, tetapi ramai yang kurang suka kecuali Mei Mei dan Devi. Oleh itu, Cikgu Jasmin menasihati murid-murid supaya mengurangkan makanan ringan kerana tidak menyihatkan badan, lantas berjaya memujuk mereka semua untuk mencuba salad yang berkhasiat. Perkelahan Tadika Mesra berakhir selepas bermain, dengan memungut sampah dan berkemas.

Upin Ipin "Bila Besar Nanti "

Cikgu Jasmin mengajar apa itu cita-cita, lalu menyuruh murid-murid agar melukis gambaran cita-cita masing-masing untuk kelas pendidikan seni keesokan harinya. Untuk meningkatkan kefahaman mereka mengenai topik ini, Upin dan Ipin bertanya kepada Kak Ros dan Opah.
NOTE:Adegan yang dihapus di MNCTV adalah Kak Ros Memarahi Pasien Laki-laki Saat ia tidak Minum Sebuah Obat Upin dan Ipin dimarahi Kak Ros kerana tergelak cita-cita Kak Ros menjadi doktor. Apapun, mereka tetap memikirkan cita-cita sendiri untuk dilukiskan pada hasil seni mereka untuk kelas esok. Pada pagi keesokannya, murid-murid memperdengarkan cita-cita mereka: Ehsan hendak menjadi tukang masak selebriti; Fizi hendak jadi pengumpul sampah demi kebersihan alam. Jarjit melukis gambar polis menahan penjenayah, kemudian berolok-olok menjadi wartawan di depan satu kelas yang tertanya-tanyakan isi gambarnya. Giliran Upin dan Ipin membentangkan cita-cita mereka bersama-sama: Upin hendak menjadi angkasawan negara, dan Ipin pula hendak menjadi saintis roket.

Lagu " Teri,ma kasih Cikgu "

Tulus setiamu cikgu telah mengajar kami
Membekalkan ilmu untuk masa depan
Dari ABCDE 12 dan 3 hingga aku tahu baca dan kira
Tak terhingga pengorbananmu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu
Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu
Kaulah pelita hidup bagi kami semua
Menuju jalan ke arah yang benar
Penuh ikhlas dan tulus membimbing dan mengajar
Untuk memastikan kami berjaya
Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu
Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu
Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu
Terima kasi pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu
Terima kasih pada mu cikgu (terima kasih cikgu)
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku (terima kasih cikgu)
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Upin Ipin "main Tablet "

Upin dan Ipin tiba di tadika agak lewat, nasib baik guru belum sampai. Apabila ditanya mengapa oleh Mail, jawabnya gara-gara si Ipin yang tercari-cari buku latihan "Mari Mengira"-nya. Fizi mengingatkan, buku itu sudah dihantar tempoh hari. Ini agak memalukan kembar berdua itu, apalagi Upin yang memegang buku "Mari Mengira" yang terlupa dihantarnya. Akhirnya Cikgu Melati datang dengan menyorong peti besi berisi kejutan baru buat murid-muridnya, iaitu "tablet".
Tablet pendidikan
Untuk tujuan pendidikan sahaja.
Seluruh kelas bingung melihat tablet itu, kecuali Ehsan yang dihadiahi tablet oleh ayahnya untuk bermain. Murid-murid diminta supaya mengambil tablet dari peti seorang demi seorang. Atas telunjuk Cikgu, murid-murid memasang tablet dan disambut dengan paparan "Tablet Pendidikan" yang rata-rata berisi bahan pembelajaran. Ehsan meluahkan sedikit rasa kecewa kerana isinya tiada permainan nampaknya. Dengan bimbingan guru kelas, mereka belajar menyeret-nyeret kandungan skrin untuk mendapati pilihan mata pelajaran tadika. Semua murid tidak menghadapi masalah, kecuali Jarjit yang mengeluh tabletnya sudah rosak. Rupanya cara seretnya tidak betul, jadi Cikgu Melati menolongnya.
Seronok tablet ganti buku
Dengan tablet ini, tak payah bawa buku, ringanlah beg.
Cikgu Melati mengumumkan bahawa dengan adanya, mulai hari ini, buku tidak perlu dibawa ke kelas, sebaliknya disimpan di rumah sebagai rujukan. Kenyataan ini amat mengujakan murid-murid, kecuali Mei Mei yang akan terasa rindu pada buku. Tambah Cikgu, murid-murid dikehendaki membawa buku latihan ke tadika, tetapi kali ini murid-murid mula leka menggunakan tablet. Tidak sempat Cikgu memanggil perhatian, loceng pun berbunyi, menandakan waktu untuk pulang. Sebelum itu, Cikgu Melati cepat berpesan kepada murid-murid supaya tidak membawa pulang tablet itu kerana hanya untuk kegunaan di tadika.
Selfie opah
Opah pandai ber-selfie.
Setibanya di rumah, Upin dan Ipin cuba bercerita tentang tablet yang dikenali mereka di tadika kepada Opah dengan huraian yang setepat-tepatnya, tetapi Opah sukar memahami apa yang dimaksudkan cucu-cucunya gara-gara tablet itu tidak dapat dibawa pulang dari tadika. Kak Ros yang baru pulang dari sekolah menunjukkan tablet miliknya, barulah Opah dapat memahami benda yang dimaksudkan oleh Upin dan Ipin. Selepas Upin dan Ipin beredar mengejar tablet Kak Ros, Opah senyap-senyap mengambil gambar wajah sendiri dengan kameranya.

Bahagian 2Sunting

Selfie ros
Selfie Ros diusik oleh adik-adiknya.
Malam hari setelah menyiapkan kerja rumah, Upin dan Ipin mengisi beg masing-masing dengan hanya sehelai buku latihan sambil tertunggu-tunggu Kak Ros keluar. Kak Ros pun muncul di ruang tamu dan duduk di atas kerusi bersama tabletnya. Upin dan Ipin pergi ke belakang kerusi itu, tanpa menyedari Kak Ros hendak mengambil gambar sendiri (dengan lensa memandang ke arah mukanya) hingga tertangkap adik-adiknya.
Gembiranya tablet ada gem
Seronoknya teknologi terbaru ini.
Ini membuat Kak Ros tidak senang dan terpaksa memadamkan gambar itu, kemudian mengambil semula untuk ditunjukkan kepada adik-adiknya. Selain itu, Kak Ros menunjukkan beberapa lagi ciri-ciri tabletnya iaitu bermain muzik, video, dan game (permainan video). Sebutan "game" membuat Upin dan Ipin teruja dengan kemungkinan bermain dengan tablet di sekolah hingga mereka melompat-lompat dengan kegembiraan, sambil diambil gambar dengan tablet oleh kakak mereka.
Keesokan hari di tadika, murid-murid kelas Aman tidak sabar menunggu kedatangan guru di depan peti tablet yang dikunci. Akhirnya Cikgu Melati datang dengan disambut oleh murid-murid yang begitu bersemangat, kemudian dia membuka kunci peti simpanan tablet untuk dikumpul oleh murid-murid. Selepas itu, Cikgu Melati meminta murid-murid untuk memasang tablet mereka untuk belajar membaca. Sekali terdengar "membaca" membuat seluruh bilik darjah bergema dengan keluhan.
Apapun, Cikgu Melati membimbing mereka untuk membuka halaman lagu dalam tablet, kerana dia mahu mengajak murid-murid untuk membaca sambil menyanyi, sekali gus menggamit semula minat pelajar untuk belajar dengan tablet. Lagu yang dipilih ialah lagu nyanyian anak yang cukup dikenali ramai iaitu "Bangau Oh Bangau". Cikgu Melati memimpin dengan menyanyikan rangkap tanya sambil memilih satu demi satu murid untuk menyanyi balas.

Bahagian 3Sunting

Setelah puas menyanyikan "Bangau Oh Bangau" ramai-ramai, murid-murid kelihatansemakin leka mencari-cari permainan dalam tablet, tetapi kecewa kerana tidak satu pun yang ditemui. Ipin bertanya tiadakah permainan dalam tablet. Setelah berfikir sebentar, Cikgu Melati memimpin murid-murid untuk menekan aplikasi Matematik untuk "belajar sambil main".
10 tolak 7
Kira-kira dengan tablet.
Soalan pertama dari tablet, "10 tolak 3, tinggal berapa katak?" Cikgu menunjuk cara kepada murid-murid dengan menyeret seekor demi seekor 'katak' dalam skrin. Pengajaran ini kelihatan lancar pada mulanya, tetapi apabila Cikgu Melati bertanyakan jawapan kepada Mei Mei, dengan gempar jawabnya "kosong". Alasan Mei Mei, dia tidak suka pada katak. Seluruh kelas tergelak kerenah Mei Mei, tetapi Fizi leka terikut-ikut langkah Mei Mei hingga dia menolak semua 'katak'-nya, kemudian mengusik tablet Ehsan untuk membuat perkara sama sampai Ehsan menangis!
Ipin jawab betul
3 + 5 = 18! Gurau je...
Keadaan ini agak meresahkan Cikgu Melati, hingga dia memilih Upin untuk menjawab dan menerima jawapan yang betul, baru lega rasanya. Soalan seterusnya, "3 tambah 5" jumlah ikan. Kali ini, Cikgu Melati cuba memimpin kiraan dengan betul-betul. Akan tetapi, masalah timbul lagi apabila Jarjit tersalah tekan hingga hilang 'ikan'-nya. Ehsan pula terlebih kira ikan yang harus ditambah. Cikgu Melati bertanya jumlah, tetapi berlainan pula jawapan murid-muridnya, membuatkan dia terasa geram. Dalam kekecohan ini, Ipin mengambil kesempatan untuk bergurau pada cikgu dengan menjawab "lapan...belas".
Cikgu Melati cuba memimpin murid-muridnya untuk mengira betul-betul, "jangan main-main". Fizi keliru terdengar kata-kata itu hingga ;berkira' kepada gurunya. Ini membuat Cikgu Melati geram lalu menyuruh murid-murid untuk menyiapkan kerja rumah Matematik selama 10 muka surat. Maka mengeluhnya satu kelas dengan tambahan beban kerja yang dikenakan itu.
Kak dengar tak
Lekanya bermain tablet hingga tak dengar adik sendiri panggil.
Pada malam hari itu ketika mereka sedang membuat kerja rumah, perhatian Upin dan Ipin teralih oleh suara Kak Ros yang kelihatan bermain tablet sambil memakai hedfon. Upin dan Ipin cuba berkali-kali mendapatkan perhatian Kak Ros, tetapi langsung tidak berhasil gara-gara hedfon itu. Dengan menarik tali hedfon barulah Kak Ros sedar. Setelah itu, Upin bertanya tiadakah Kak Ros membuat kerja sekolah; jawabnya dia menggunakan tablet untuk melayari Internet untuk membantu pelajaran.
Tablet kak ros
Tablet digunakan untuk menimba ilmu.
Upin dan Ipin tertanya-tanya mengapa tidak dapat membawa tablet pulang ke sekolah seperti kakak mereka. Pada masa yang sama, Opah muncul di ruang tamu dan berpesan kepada Upin dan Ipin "secanggih-canggih tablet, kena guna buku juga" supaya mereka pandai menulis. Tambah Ros, Upin dan Ipin masih kecil untuk memiliki tablet, takut-takut digunakannya untuk leka bermain hingga kerja rumah terabai.
Oleh itu, Upin dan Ipin dengan muram menerima nasihat orang-orang tua mereka dan beredar. Sementara itu, Kak Ros dengan senyap memasang kembali permainan dalam tabletnya, kemudian tiba-tiba ditangkap oleh Upin dan Ipin yang geram.

Upin Ipin " Membuat Dodol "

Selepas balik dari tadika pada hari sebelum bulan puasa, Upin dan Ipin bergurau senda mencabar Kak Ros agar memasak ayam goreng secukup-cukupnya, jika tidak mereka enggan bersahur. Waktu petang nanti, kawan-kawan mereka membincangkan persediaan Hari Raya walaupun bulan puasa belum bermula. Sempena bulan Ramadan yang menjelang, Upin, Ipin dan kawan-kawan memikirkan permainan yang sesuai untuk menghabiskan petang mereka. Jarjit mencadangkan baling selipar, dan leka sangat mereka bermain. Atas pengaruh kawan-kawan mereka, Upin dan Ipin meminta Kak Ros mendapatkan baju raya baru sempena Hari Raya. Selepas waktu terawih di surau, Upin dan Ipin menjawab keraguan Kak Ros dan Opah dengan cerita orang kentut dalam surau. Pada pukul tiga pagi, Upin dan Ipin cuba membangunkan Kak Ros agar sempat untuk bersahur. Ketika bersahur, Opah berpesan Upin dan Ipin untuk bersahur lambat sedikit supaya dapat pahala. Petang nanti, Tok Dalang mengajak Upin dan Ipin memerah kelapa untuk dibuat dodol dengan mesin pemerah yang dipasang pada motosikal buruk, seronok sekali. Waktu berbuka puasa, Opah membetulkan salah faham Upin dan Ipin, bahawa berbuka mestilah cepat-cepat, lain dengan sahur.
Upin, Ipin, Fizi dan Jarjit tiba di halaman rumah Tok Dalang untuk membantunya dan Salleh dalam persiapan memasak dodol. Upin dan Ipin ditugaskan mengangkat kawah, membuka api dengan kipas, dan bergilir-gilir dengan Fizi dan Jarjit mengacau ramuan dodol dalam kawah panas. Sebaik sahaja siap, mereka terkilan dengan betapa kecil dodol yang mereka buat; Tok Dalang menjelaskan memang inilah hasilnya.
Mail meminta Upin dan Ipin menjaga gerainya seketika, tetapi tidak dapat menunjuk ajar dengan betul-betul kerana bergegas untuk melegakan sakit perutnya. Tanpa bimbingan Mail, berpandai-pandailah mereka berdua menjual. Mereka tidak lupa memberi duit baki kepada pelanggan yang terbayar lebih, tetapi apabila mereka diminta tiga ketul ayam barulah mereka memikirkan sesuatu yang menyebabkan Mail kerugian – 'tiga seringgit'.