Oleh itu, Cikgu Melati mengumumkan bahawa pihak tadika sedang mengadakan latihan kebakaran untuk murid-murid berlatih menyelamatkan diri seandainya berlaku kebakaran. Di tengah-tengah cikgu menerangkan langkah-langkah sekiranya loceng penggera berbunyi, tiba-tiba loceng pun berbunyi. Setelah melihat murid-murid dari kelas lain keluar dari tadika, semua murid-murid kelas Aman kelam-kabut bertempiaran tanpa tentu arah, kecuali Ijat yang pengsan sekali lagi. Cikgu Melati cuba menenteramkan semua muridnya untuk memimpin mereka keluar; termasuk memesan Ehsan supaya tidak membawa barang, melarang Jarjit berpantun, menyuruh Mail yang tidak memandang berat latihan itu beratur dan memimpin Fizi keluar dari menyorok di bawah meja guru. Ipin pula kelihatan berlari berpusing-pusing di atas meja bulat, dan Upin terpaksa menyuruhnya turun. Selepas murid-murid keluar, Cikgu Melati menyuruh mereka berarak ke padang sambil menghitung; kemudian dia pergi menjemput Ijat yang pengsan dalam kelas itu.
Sementara itu, Salleh terserempak dengan kereta bomba yang membunyikan siren sambil pantas bergerak melewatinya ke arah kawasan Tadika Mesra yang kelihatan mengeluarkan kepulan asap kebakaran, lalu cepat menjadi cemas dan meluru ke arah rumah Upin dan Ipin untuk meneriakkan berita buruk "Upin, Ipin, Api!" kepada Opah yang tengah menyapu tanah di hadapan rumah. Berbalik ke tadika, murid-murid Tadika Mesra berkumpul di padang yang turut dihadiri oleh Guru Besar dan Ketua Bomba. Ketua Bomba yang berkulit hitam dan bermisai itu mencatat sepuluh minit pada jam randiknya dan mengeluh akan sesiapa yang lewat. Semua murid kelas Aman sudah tiba, tetapi Cikgu Tiger kelihatan mendukung, menggalas dan mengendong beberapa orang muridnya keluar, membuat Guru Besar menutup muka dengan tangan. Tepat pada masanya, kereta bomba tiba di padang tadika, dan turunlah tiga orang ahli bomba dengan penuh gaya (ala Power Rangers).
Bahagian 2Sunting
Opah dan Salleh akhirnya sampai di 'tempat kejadian' yang rupa-rupanya acara tunjuk cara bomba di tadika; ini membuat Opah jengkel dengan Salleh. Ketua Bomba menyapa murid-murid dan mengajar mereka apa yang harus dilakukan apabila menghadapi kebakaran, seperti menjerit minta tolong dan memanggil 999 (dan jangan sesekali menyalahgunakan nombor kecemasan itu), sebelum beralih kepada tunjuk cara memadamkan kebakaran. Setelah menyuruh murid-murid mendekati kereta bomba untuk melihat kelengkapan bomba, Ketua Bomba meminta murid-murid untuk menawarkan diri untuk memadamkan api. Cikgu Tiger turut merebut peluang, tetapi yang dipilih ialah Ipin dan Mei Mei yang berpeluang untuk memakai topi keselamatan dan baju bomba serta memegang hos bomba. Dengan bantuan mereka berdua, Ketua Bomba mengajar semua murid bagaimana untuk memadam kebakaran, iaitu yang lain harus melangkah jauh dari api dan perhatikan arah angin sebelum memancurkan air ke arah api. Tambah Ketua Bomba, api yang besar jangan cuba dipadamkan sendiri, tetapi diserahkan kepada bomba dan cepat mencari jalan keluar dari rumah yang terbakar; jika tiada pintu berdekatan, keluar ikut tingkap. Jarjit mengujar bahawa pintu dan tingkap rumahnya dilindungi dengan palang besi yang berkunci. Ulas Ketua Bomba, palang besi boleh mencegah pencuri tetapi menyusahkan ketika kebakaran; ini membuat Jarjit kesal. Ketua Bomba berpesan juga supaya awas dengan lilin, ubat nyamuk, seterika dan sebagainya kerana benda-benda itu merupakan punca kebakaran. Ketua Bomba bertanya pula siapa antara murid-murid yang hendak menjadi ahli bomba ketika besar nanti. Soalan itu disambut dengan baik, termasuk oleh Upin dan Ipin. Tegas Ketua Bomba, ahli bomba harus berani, kuat dan sihat. Upin bertanya sama ada tugas bomba sekadar memadamkan api; jawab Ketua Bomba, tugas bomba lebih daripada itu, termasuk menyelamat kucing atas pokok, kerbau dalam parit, ular dalam rumah dan sebagainya. Ini membuat Ehsan meluahkan rasa kagum dengan bomba. Mei Mei bertanya sama ada perempuan boleh menyertai bomba. Fizi mengambil kesempatan untuk mengusik Mei Mei bahawa bomba adalah kerja lelaki sahaja, hinggalah ahli bomba perempuan menanggalkan topi keledarnya.Ipin meminta kebenaran untuk menaiki kereta bomba pula. Permintaan itu disambut dengan girang oleh Ketua Bomba yang turut menjemput murid-murid yang lain iaitu Ipin, Mei Mei, Jarjit, Ehsan dan Fizi untuk menaiki kereta bomba
Titanium Tape at Betradar - TipiVision
BalasHapusBetradar uses an alloy of titanium hair clipper titanium titanium 3d printer dioxide for its nano titanium babyliss pro ultralight, titanium trim as seen on tv durable blade, high-performance graphite. This steel core is designed to be ion titanium on brassy hair