Upin Ipin dan kawan-kawan bermain menjadi nenek kebayan. Semasa Ipin menjadi nenek
kebayan, Ipin menyangka Sapi ialah Ehsan selepas menghidu Sapi. Opah
memberitahu bahawa nenek kebayan tidak wujud. Upin dan Ipin membawa buku
Nenek Kebayan milik Kak Ros ke tadika. Semasa pulang dari tadika, Upin,
Ipin dan Ehsan terserempak dengan nenek kebayan. Ini menyebabkan mereka
bertiga lari ketakutan. Nenek memesan ABCD Uncle Muthu sambil bertanya jalan. Kak Ros memaksa
Upin dan Ipin untuk memulangkan bukunya segera. Upin dan Ipin ke rumah
Jarjit, Ehsan, Susanti dan MeiMei untuk mencari buku Kak Ros. Sebelum ke
rumah Dzul, Upin dan Ipin singgah di gerai Uncle Muthu untuk ABCD,
tetapi ABCD sudah habis. Upin dan Ipin menyangka Ijat sudah ditangkap
nenek kebayan. Rupa-rupanya nenek itu nenek Dzul.Ini adalah kali pertama nenek Dzul sampai ke rumah Dzul. Nenek Dzul kini
tahu mengapa Upin dan Ipin takut padanya setelah melihat gambar nenek
kebayan pada buku Kak Ros. Upin dan Ipin memberitahu Opah bahawa nenek
tua tadi ialah nenek Dzul. Nenek Dzul berlakon menjadi nenek kebayan dan
bermain bersama kawan-kawan Dzul setelah mereka selesai menjamu cokodok
buatan neneknya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar