Selepas balik dari tadika pada hari sebelum bulan puasa, Upin dan Ipin bergurau senda mencabar Kak Ros
agar memasak ayam goreng secukup-cukupnya, jika tidak mereka enggan
bersahur. Waktu petang nanti, kawan-kawan mereka membincangkan
persediaan Hari Raya walaupun bulan puasa belum bermula.
Sempena bulan Ramadan yang menjelang, Upin, Ipin dan kawan-kawan
memikirkan permainan yang sesuai untuk menghabiskan petang mereka. Jarjit mencadangkan baling selipar, dan leka sangat mereka bermain.
Atas pengaruh kawan-kawan mereka, Upin dan Ipin meminta Kak Ros
mendapatkan baju raya baru sempena Hari Raya. Selepas waktu terawih di
surau, Upin dan Ipin menjawab keraguan Kak Ros dan Opah
dengan cerita orang kentut dalam surau. Pada pukul tiga pagi, Upin dan
Ipin cuba membangunkan Kak Ros agar sempat untuk bersahur.
Ketika bersahur, Opah berpesan Upin dan Ipin untuk bersahur lambat sedikit supaya dapat pahala. Petang nanti, Tok Dalang
mengajak Upin dan Ipin memerah kelapa untuk dibuat dodol dengan mesin
pemerah yang dipasang pada motosikal buruk, seronok sekali. Waktu
berbuka puasa, Opah membetulkan salah faham Upin dan Ipin, bahawa
berbuka mestilah cepat-cepat, lain dengan sahur.
Upin, Ipin, Fizi
dan Jarjit tiba di halaman rumah Tok Dalang untuk membantunya dan
Salleh dalam persiapan memasak dodol. Upin dan Ipin ditugaskan
mengangkat kawah, membuka api dengan kipas, dan bergilir-gilir dengan
Fizi dan Jarjit mengacau ramuan dodol dalam kawah panas. Sebaik sahaja
siap, mereka terkilan dengan betapa kecil dodol yang mereka buat; Tok
Dalang menjelaskan memang inilah hasilnya.
Mail meminta Upin dan Ipin menjaga gerainya seketika, tetapi tidak
dapat menunjuk ajar dengan betul-betul kerana bergegas untuk melegakan
sakit perutnya. Tanpa bimbingan Mail, berpandai-pandailah mereka berdua
menjual. Mereka tidak lupa memberi duit baki kepada pelanggan yang
terbayar lebih, tetapi apabila mereka diminta tiga ketul ayam barulah
mereka memikirkan sesuatu yang menyebabkan Mail kerugian – 'tiga seringgit'.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar