Selasa, 24 Februari 2015
Upin Ipin " Berkemah "
Upin dan Ipin menghabiskan satu malam dengan persiapan untuk rombongan
berkelah satu kelas yang tak sabar hendak mereka sertai pada hari
keesokan, tetapi hampir terlupa pesan Cikgu Jasmin supaya membawa
bekalan makanan dan air sendiri, tidak perlu membawa mainan. Harinya sudah tiba, dan selepas kesemua 12 murid hadir, barulah rombongan
murid-murid Tadika Mesra bertolak ke taman untuk berkelah, berarak
sambil menyanyikan lagu "Rasa Sayang",
tetapi dalam nyanyian ada sahaja murid-murid yang bergurau sakan.
Setibanya di tempat perkelahan, Ehsan selaku 'ketua kelas' tidak berapa
menunjukkan sikap yang betul, seperti lalai dalam kiraan ahli mahupun
bermalas ketika orang lain membuka kelah. Selepas itu, semua berkongsi
makanan sambil bersembang tentang makanan.Mail terpaksa dipujuk dari sikap kedekutnya supaya berkongsi ayam goreng
yang dibawanya. Cikgu Jasmin pula membawa salad untuk dikongsikan,
tetapi ramai yang kurang suka kecuali Mei Mei dan Devi. Oleh itu, Cikgu
Jasmin menasihati murid-murid supaya mengurangkan makanan ringan kerana
tidak menyihatkan badan, lantas berjaya memujuk mereka semua untuk
mencuba salad yang berkhasiat. Perkelahan Tadika Mesra berakhir selepas
bermain, dengan memungut sampah dan berkemas.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar